Friday, 29 March 2013


Salam,
Baru-baru ini Papa Gomo ada menyiarkan 13 insiden akan berlaku menjelang PRU-13 termasuk perkara no. 12 iaitu UMNO dan BN akan diharamkan.
Saya sendiri ada mendengar perkara yang sama di kalangan pemimpin UMNO dan BN sendiri.
Ini disiarkan oleh Papa Gomo apabila pemimpin UMNO enggan melindungi beliau lagi.
Kisahnya ialah berpunca daripada hasrat PKR atau PR untuk menyaman BN, UMNO dan Utusan kerana mencetak, menerbit dan mengedar akhbar haram Warta Parlimen Permatang Pauh (ramai rakan-rakan kita di Permatang Pauh masih menyimpan buletin ini untuk rujukan) pada pilihanraya kecil Ogos 2008.
Antara kandungan fitnah mengenai DSAI dalam buletin itu ialah artikel bertajuk SAH ANWAR KAKI LIWAT.
Jadi ada dua kesalahan jenayah dalam soal ini, pertama percetakan dan penerbitan haram; kedua fitnah.
Menurut pemimpin UMNO itu, PR mempunyai dalam simpanan banyak dokumen rasmi mengenai penerbitan haram itu termasuk memo antara UMNO dengan Utusan, inbois2, log-log percetakan di loji Utusan di Prai dan sebagainya.
Ini setidak-tidaknya boleh menyebabkan pendaftaran BN, UMNO dan aktiviti perniagaan Utusan digantung sementara siasatan selesai. Selain akta percetakan dan penerbitan, undang-undang ROS dan ROC tidak membenarkan apa-apa pembabitan dalam aktiviti secara haram atau tanpa memiliki lesen.
Bagaimanapun, pemimpin UMNO itu berkata pucuk pimpinan UMNO sudah mengarahkan KDN, ROS dan SC (BSKL) supaya jangan memulakan sebarang tindakan.
Boleh ke macam ni?
Selamat berjuang!